Cart 0

Membawa Taman Syurga Ke Rumah

Isnad Tadawi Menjana Pembangunan Ummah Dengan Menjalankan Majlis Zikrullah Dan Majlis Ilmu Di Rumah, Pejabat Dan Perniagaan. Sewaktu Majlis, Diadakan Bacaan Zikir, Selawat Serta Ruqyah Syariah. Tujuan Utama Majlis Adalah Untuk Menjemput Rahmat Allah Agar Wujud Keluarga Yang Sakinah Mawaddah Warahmah.

Untuk maklumat tentang ayat-ayat ruqyah syariah yang dibaca sewaktu majlis, sila rujuk buku amalan ruqyah Isnad Tadawi, sila klik http://bit.ly/2XhWuTe   


Whatsapp Untuk Mendaftar Program Membawa Taman Syurga Ke Rumah: http://bit.ly/2XmNKez 


Pengertian Taman Syurga


Majlis zikrullah atau mengingati Allah, merupakan majlis yang sangat mulia di sisi Allah dan memiliki berbagai keutamaan yang agung, berdasarkan:


عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِي اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا مَرَرْتُمْ بِرِيَاضِ الْجَنَّةِ فَارْتَعُوا قَالُوا وَمَا رِيَاضُ الْجَنَّةِ قَالَ حِلَقُ الذِّكْرِ

Dari Anas bin Malik ra, bahawa Rasulullah saw bersabda,”Jika kamu melintasi taman-taman syurga, maka singgahlah dengan senang.” Para sahabat bertanya,”Apakah taman-taman syurga itu?” Baginda menjawab ”Halaqah-halaqah (kelompok-kelompok) zikir.” 


Imam Ibnul Qayyim rahimahullah berkata,”Barangsiapa ingin menempati taman-taman syurga di dunia, hendaklah dia mendatangi majlis-majlis zikrullah; kerana ia adalah taman-taman syurga.”


Oleh itu, amatlah sesuai majlis zikrullah diumpamakan seperti taman syurga di dunia ini. Tambahan pula majlis zikrullah adalah merupakan majlis malaikat. Ianya juga menjadi penyebab turunnya ketenangan dan rahmat Allah. Rasulullah saw bersbada:


لَا يَقْعُدُ قَوْمٌ يَذْكُرُونَ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ إِلَّا حَفَّتْهُمُ الْمَلَائِكَةُ وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَنَزَلَتْ عَلَيْهِمُ السَّكِينَةُ وَذَكَرَهُمُ اللَّهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ

"Tidaklah sekelompok orang duduk berzikir kepada Allah, kecuali para malaikat mengelilingi mereka, rahmat (Allah) meliputi mereka, ketenteraman turun kepada mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan (para malaikat) yang ada di sisiNya."