Cart 0


Logo Lapour Maghee Le in PNG.png

Banner Lapour Maghee Le in PNG.png


Lapour Maghee Le


Isnad Tadawi dengan jenama Lapour Maghee Le menyediakan



Kuah Rojak


Lapour Maghee Le Kuah Rojak.jpg


Inilah kuah rojak asli warisan bonda yang dimasak untuk tempoh yang lama agar adunannya benar-benar sebati. Tiada penggunaan perisa tiruan, msg dan tidak ada tepung digunakan untuk menambah kepekatan kuah. Rasa pedas dan manis kuah rojak ini pastinya membuat mulut anda terkecur. Kuah rojak asli ini sudah sedia untuk dimakan dan sememangnya sangat lazat digunakan sebagai kuah atau cicah untuk buah-buahan. Ianya boleh juga digunakan sebagai  kuah atau cicah untuk tauhu bakar, sengkuang càlit, yong tau foo, steamboat dan cucuk-cucuk seperti hotdog, fishball, fishcake dan lain-lain lagi. Untuk membeli Kuah Rojak, sila klik http://bit.ly/33CfBfa



Kuah Pecal - Serbuk Instant


Lapour Maghee Le Kuah Pecal.jpg


Serbuk kuah pecal segera ini sedia dimakan dengan hanya mencampurkan air panas. Kuah pecal ini adalah asli dan tiada penggunaan msg. Dengan rasa pedas-pedas manis sememangnya kuah pecal ini sangat lazat dimakan sebagai kuah kepada sayur-sayuran. Ianya boleh juga digunakan sebagai kuah untuk tauhu sumbat, pencicah cucur udang atau lain-lain jenis cucur, sate, bbq dan lain-lain. Untuk membeli Kuah Pecal Serbuk Instant, sila klik http://bit.ly/2PagyZc



Rojak Buah Kecor


Lapour Maghee Le - Rojak Buah Kecor.jpg


Rojak buah ini terdiri daripada buah-buahan tempatan yang segar dan rangup seperti nenas, jambu batu, sengkuang dan timun. Kesemua buah-buahan ini digaul hingga sebati bersama kuah rojak asli warisan bonda yang pekat dan membuatkan mulut anda terkecur kerana rasa pedas, masam dan manis semuanya bergabung.   Untuk membeli Rojak Buah Kecor, sila klik http://bit.ly/2z9YROd



Mee Rebus Hilang Lapour


Lapour Maghee Le - Mee Rebus Hilang Lapour.jpg


Mee rebus ini adalah jawapan kepada rasa lapar yang ditanggung. Potongan-potongan cucur enak dicampur bersama mee bagi menambah nikmat berserta kuah pekat yang dimasak bersama udang segar yang dikisar halus menjadikan ianya begitu lazat. Rasa pedas-pedas manis berserta kemasaman limau kasturi yang diperah akan membuat kita terus berselera menghabiskan semangkuk mee rebus ini sehingga hilanglah rasa lapar yang ditanggung tadi. Untuk membeli Mee Rebus Hilang Lapour, sila klik http://bit.ly/2z9YROd



Pasembor Terlajak Cucor


Lapour Maghee Le - Pasembor Terlajak Cucor.jpg


Cucur dan kuah yang dicampur bersama kuah mee rebus. Setiap hidangan pasembor akan diletakkan hirisan tauhu, sengkuang dan timun agar terasa kerangupan sengkuang dan kesegaran timun apabila dimakan bersama cucur. Cucur yang dihidangkan menambahkan rasa udang segar di dalam pasembor. Cucor diletakkan ekstra dalam setiap mangkuk supaya cukup untuk memenuhi selera anda. Untuk membeli Pasembor Terlajak Cucor, sila klik http://bit.ly/2z9YROd