Cart 0
Kursus Rawatan Islam: Merawat Diri Sendiri & Insan Lain Melalui Kaedah Ruqyah Syariah  
 
Pusat Rawatan Islam Isnad Tadawi Services.jpg
Isnad Tadawi Resources Services.jpg

 


Atasi Gangguan Syaitan, Sihir Dan Masalah Kehidupan Melalui Ruqyah Syariah


Allah menguji kita untuk menjemput kita dekat kepadaNya. Apabila kita menghadapi masalah dalam kehidupan, sebenarnya Allah ingin meningkatkan darjat kita di sisiNya. Maka untuk mencapai objektif Allah menguji kita, kita perlu meningkatkan ilmu serta amalan kita.
 
 Imam Al-Ghazali rahimahullah berkata: "Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''
 
 Kita memerlukan ilmu untuk mengamalkan Ruqyah Syariah bagi mengatasi masalah di dalam kehidupan kita. Sebaik-baik adab dalam menuntut ilmu adalah dengan berhadapan dengan guru yang mengajar ilmu tersebut. Oleh itu Kursus Rawatan Islam Isnad Tadawi diadakan bagi kami berkongsi ilmu ruqyah syariah serta cara-cara mengamalkannya.
 
 

Kursus Rawatan Islam Isnad Tadawi Sesi 1 (2 jam) 
 1) Menyingkap Hakikat Penciptaan Manusiia

2) Mengenali Punca Permasalahan Dan Musuh Manusia 

3) Mengetahui Kaedah Perubatan Yang Tidak Syariah 



Kursus Rawatan Islam Isnad Tadawi Sesi 2 (2 jam)
 1) Penerangan Dan Talaqqi Ayat Membina Diri
 2) Penerangan Dan Talaqqi Ayat Pendinding Diri
 3) Kaedah Mengesan Gangguan
 
 

Keistimewaan kursus ini ialah ayat-ayat yang disampaikan diterangkan secara terperinci CARA dan SEBAB penggunaan ayat-ayat tersebut sebelum BERTALAQQI. Senarai ayat yang diijazahkan semasa sesi ini Ialah:

1) Ayat Membina Diri 1 - Surah Al Baqarah (1 : Ayat 30)


2) Ayat Membina Diri 2 - Surah At-Tin (95 : Ayat 4)


3) Ayat Membina Diri 3 - Surah Az-Zariyyat (51 : Ayat 56 )


4) Ayat Membina Diri 4 - Surah Al Isra’ (17 : Ayat 70 )


5) Ayat Pendinding Diri 1 - Surah Al-Isra’ (17 : Ayat 70 )


6) Ayat Pendinding Diri 2 - Surah Al-ISra’ (17 : Ayat 81)


7) Ayat Pendinding Diri 3 - Surah Al-Furqan (25 : Ayat 23 )


8) Ayat Pendinding Diri 4 - Surah Yasin (36 : Ayat 9  )


9) Ayat Pendinding Diri 5 - Surah Al- A’raf (7 : Ayat 17)


10) Ayat Pendinding Diri 6 - Surah As-Soffat (37 : Ayat 7  )


11) Ayat Pendinding Diri 7 - Surah Al-An’am (6 : Ayat 61)


12) Ayat Pendinding Diri 8 - Surah At-Tariq (86 : Ayat 4)


13) Ayat Pendinding Diri 9 - Surah Hud (11 : Ayat 57)


14) Ayat Pendinding Diri 10 - Surah Yusuf (12 : Ayat 64)


15) Ayat Pendinding Diri 11 - Surah At-Taubah (9 : Ayat 128-129)


16) Ayat Pendinding Diri 12 - Surah Ali-Imran (3 : Ayat 173)


17) Ayat Pendinding Diri 13 - Doa Rasulullah saw


18) Ayat Pendinding Diri 14 - Doa Rasulullah saw


19) Ayat Pendinding Diri 15 - Doa Rasulullah saw


20) Ayat Pendinding Diri 16 - Doa Rasulullah saw


21) Ayat Pendinding Diri 17 - Doa Rasulullah saw


22) Ayat Pendinding Diri 18 - Doa Rasulullah saw



Kursus Rawatan Islam Isnad Tadawi Sesi 3 (2 jam)
 1) Penerangan Dan Talaqqi Ayat Utama Merawat
 2) Kaedah Merawat Gangguan
 
 

Keistimewaan kursus ini ialah ayat-ayat yang disampaikan diterangkan secara terperinci CARA dan SEBAB penggunaan ayat-ayat tersebut sebelum BERTALAQQI. Senarai ayat yang diijazahkan semasa sesi ini Ialah:

1) Ayat Utama Ruqyah 1 - Surah Al-Fatihah (1 : Ayat 1-7)


2) Ayat Utama Ruqyah 2 - Surah Al- Baqarah (2 : Ayat 1-5)


3) Ayat Utama Ruqyah 3 - Surah Al-Baqarah (2 : Ayat 1-7)


4) Ayat Utama Ruqyah 4 - Surah Al-Baqarah (2 : Ayat 163-164)


5) Ayat Utama Ruqyah 5 - Surah Al-Baqarah (2 : Ayat 255)


6) Ayat Utama Ruqyah 6 - Surah Al-Baqarah (2 : Ayat 285-286)


7) Ayat Utama Ruqyah 7 - Surah Ali-Imran (3 : Ayat 18-19)


8) Ayat Utama Ruqyah 8 - Surah Al-A’raf (7 : Ayat 54-56)


9) Ayat Utama Ruqyah 9 - Surah Al-A’raf (7 : Ayat 117-122)


10) Ayat Utama Ruqyah 10 - Surah Yunus (10 : Ayat 81-82)


11) Ayat Utama Ruqyah 11 - Surah Toha (20 : Ayat 69)


12) Ayat Utama Ruqyah 12 - Surah Al-Mukminum (23 : Ayat 115-118)


13) Ayat Utama Ruqyah 13 - Surah As-Soffat (37 : Ayat 1-10)


14) Ayat Utama Ruqyah 14 - Surah  Al-Ahqaf (46 : Ayat 29-32)


15) Ayat Utama Ruqyah 15 - Surah Ar-Rahman (55 : Ayat 33-36)


16) Ayat Utama Ruqyah 16 - Surah Al-Hasyr (59 : Ayat 21-24)


17) Ayat Utama Ruqyah 17 - Surah Al-Jin (72 : Ayat 1-9)


18) Ayat Utama Ruqyah 18 - Surah Al-Ikhlas (112 : Ayat 1-4)


19) Ayat Utama Ruqyah 19 - Surah Al-Falaq (113: Ayat 1-5)


20) Ayat Utama Ruqyah 20 - Surah An-Nas (114 : Ayat 1-6)


21) Ayat Penutup Ruqyah - Surah Al-Isra’ (17 : Ayat 88)



Kursus Rawatan Islam Isnad Tadawi Sesi 4 (2 jam)
 1) Penerangan Dan Talaqqi Ayat Sebelum Merawat
 2) Penerangan Dan Talaqqi Ayat Mengazab
 3) Penerangan Dan Talaqqi Surah Yasin

4) Penerangan Mengazab & Menyedarkan Mangsa Kerasukan

5) Penerangan Merawat Kediaman & Premis
 6) Praktikal Mengesan Gangguan  
 7) Praktikal Meruqyah
 
Keistimewaan kursus ini ialah ayat-ayat yang disampaikan diterangkan secara terperinci CARA dan SEBAB penggunaan ayat-ayat tersebut sebelum BERTALAQQI. Senarai ayat yang diijazahkan semasa sesi ini Ialah:

1) Surah Ghafir (40 : Ayat 68)


2) Surah Yasin (36 : Ayat 82)


3) Bismillah 5 (Penyembuhan)


4) Doa Merawat (Ruqyah Malaikat Jibril a.s. ke atas Rasulullah saw)


5) Doa Rasulullah saw Ke Atas Hasan dan Husin


6) Surah At-Taubah (9 : Ayat 14)


7) Surah Yunus (10 : Ayat 57)


8) Surah An-Nahl (16 : Ayat 69)


9) Surah Al-Isra’ (17 : Ayat 82)


10) Surah As-Syu’ara (26 : Ayat 80)


11) Surah Fussilat (41 : Ayat 44)


12) Surah Al-Anbiya’ (21 : Ayat 83)


13) Surah As-Sod (38 : Ayat 35)


14) Surah An-Naml (27 : Ayat 30-31)


15) Surah Al-Baqarah (2 : Ayat 249)


16) Surah Fussilat (41 : Ayat 29-30)


17) Surah Al-Anfal (8 : Ayat 9)


18) Surah Ghafir (40 : Ayat 60)


19) Selawat Syifa’


20) Selawat Taffrijyyah


21) Qunut Nazilah


22) Surah Yasin (36: Ayat 1-83)


23) Surah Al-Baqarah (2: Ayat 256-257)


24) Surah Al-Baqarah (2: Ayat 284)


25) Perjanjian Nabi Sulaiman as


26) Surah Al-Baqarah (2: Ayat 148)


27) Surah Al-Baqarah (2: Ayat 250)



Kursus Rawatan Islam Isnad Tadawi Sesi 5 (2 jam setiap individu)
 1) Tasmik Kesemua Ayat Di Dalam Sesi 1 sehingga 4
 2) Ujian Pemahaman Dan Iqtiqad Perawat


PROFILE PENCERAMAH: Sebelum menuntut ilmu, sebaiknya kenalilah dahulu latarbelakang penyampai ilmu tersebut, maka sila rujuk http://www.isnadtadawi.my/pages/profile-perawat---perunding .


LOKASI KURSUS:

1) Kursus ini diadakan di Pusat Rawatam Islam Isnad Tadawi. 

2) Kursus ini boleh juga diadakan di rumah, bilik latihan, pejabat atau premis perniagaan untuk dihadiri oleh ahli keluarga, sahabat-handai atau pekerja. Jumlah peserta adalah tiada had dan mengikut kesesuaian tempat. 


TARIKH KURSUS:

1) Untuk program yang dijalankan di Pusat Rawatan Islam Isnad Tadawi, berikut adalah tarikh kursus yang terdekat:

Kursus Rawatan Islam Isnad Tadawi Sesi 1 - Sabtu 16 Februari 2019

Kursus Rawatan Islam Isnad Tadawi Sesi 2 - Sabtu 23 Februari 2019

Kursus Rawatan Islam Isnad Tadawi Sesi 3 - Sabtu 2 Mac 2019

Kursus Rawatan Islam Isnad Tadawi Sesi 4 - Sabtu 9 Mac 2019

Kursus Rawatan Islam Isnad Tadawi Sesi 5 - Sabtu 16 Mac 2019

Kursus Rawatan Islam Isnad Tadawi Sesi 1 - Sabtu 23 Mac 2019

Kursus Rawatan Islam Isnad Tadawi Sesi 2 - Sabtu 30 Mac 2019

Kursus Rawatan Islam Isnad Tadawi Sesi 3 - Sabtu 6 April 2019

Kursus Rawatan Islam Isnad Tadawi Sesi 4 - Sabtu 13 April 2019

Kursus Rawatan Islam Isnad Tadawi Sesi 5 - Sabtu 20 April 2019

2) Untuk program selain di Isnad Tadawi, tarikh adalah mengikut temujani yang dipersetujui antara peserta dan pihak Isnad Tadawi.


YURAN KURSUS

1) Yuran untuk kursus di Pusat Rawatan Islam Isnad Tadawi ialah RM50 seorang untuk setiap sesi. Buku Ruqyah jika ingin dibeli adalah berharga RM20 senaskah. 

2) Yuran bagi kursus di luar Isnad Tadawi adalah seperti berikut

Penceramah RM300 untuk setiap sesi selama 2 jam, beserta caj tambahan mengikut lokasi bagi menampung kos pengangkutan dan tempat penginapan:  

(a) Kajang, Bangi, Putrajaya, Semenyih dan kawasan sekitar - RM0  

(b) Kuala Lumpur, Shah Alam, Seremban dan kawasan sekitar - RM100  

(c) Lain-lain bahagian Selangor & N. Sembilan - RM150  

(d) Melaka - RM200  

(e) Perak, Pahang, Johor - RM500  

(f) P, Pinang, Kedah, Perlis - RM650  

(g) Kelantan, Terengganu - RM750  

(f) Sabah, Sarawak - RM1600  


UNTUK MENDAFTAR: 
Whatsapp / SMS nama penuh, no kad pengenalan & no telefon bimbit ke 019-3839 777


Maklumat Tentang Pusat Rawatan Islam Isnad Tadawi

Pusat Rawatan Islam Isnad Tadawi berusaha membangunkan ummah melalui rawatan dengan kaedah ruqyah syariah iaitu pembacaan hanya ayat-ayat Al-Quran, doa-doa masyhur daripada Rasulullah saw dan ulamak-ulamak perubatan Islam. Kami merawat pesakit-pesakit yang menghadapi masalah jasmani dan rohani, termasuk sakit medikal, gangguan jin, syaitan, sihir, santau dan saka. Untuk lebih lagi membantu pesakit-pesakit, kami turut mengadakan Kursus Rawatan Islam bagi mereka yang ingin merawat diri sendiri dan keluarga dengan amalan ruqyah syariah.

Pusat Rawatan Islam Isnad Tadawi menyediakan rawatan Islam berasaskan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Walaupun Pusat Rawatan Islam Isnad Tadawi terletak di Kajang, kami turut memberikan perkhidmatan rawatan Islam di sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya, Shah Alam, Serdang, Puchong, Cheras, Bangi, Semenyih dan Seremban. Malah sekiranya ada keperluan pesakit dan keizinan Allah, kami merawat di mana-mana sahaja di atas bumi Allah ini.

Pusat Rawatan Islam Isnad Tadawi memperjuangkan dan mengamalkan Rawatan Berasaskan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. dan sentiasa berusaha untuk mengajak para orang ramai agar menjauhi kaedah-kaedah rawatan yang tidak mengikut syariah agar dapat mengelakkan daripada perbuatan syirik kepada Allah. Sila klik link, untuk mengetahui tentang Kaedah Rawatan kami atau merujuk video di bawah.

Isnad bermaksud sanad, manakala di dalam bahasa melayu membawa maksud sandaran atau riwayat atau pengijazahan. Tadawi pula bermaksud rawatan. Oleh itu Isnad Tadawi bermaksud Sanad Rawatan ataupun Pengijazahan Rawatan. Ini bersesuaian dengan misi kami untuk menyampaikan ilmu rawatan Islam kepada semua yang memerlukannya, samada melalui sesi rawatan mahupun sesi pendidikan. Kami di sini tidak mempunyai apa-apa kelebihan, sekadar mempunyai sanad di dalam rawatan Islam. Kepada sesiapa yang teringin mempelajari ilmu ini, kami sentiasa bersedia berkongsi apa yang kami tahu dan memberi pengijazahan kepada mereka yang sudi menerima sanad daripada kami. Oleh itu kami turut mengadakan kursus, seminar atau pengajian rawatan islam.

Perkhidmatan rawatan Islam daripada Pusat Rawatan Islam Isnad Tadawi adalah suatu khidmat kemasyarakatan kami kepada ummah, oleh itu tidak ada caj rawatan atau sebarang paksaan untuk membeli mana-mana produk kami. Tugas kami hanya berikhtiar untuk merawat dengan meruqyah menggunakan ayat-ayat Al-Quran. Kami tidak menjanjikan penyembuhan atau penyelesaian masalah kerana penyembuhan itu adalah hak Allah. Oleh itu kami tidak berani meminta sebarang bayaran. Namun sekiranya terdapat sumbangan ikhlas daripada pesakit, sebarang sumbangan akan digunakan untuk mengekalkan operasi kami.

 

Pekhidmatan Rawatan Islam Isnad Tadawi:  

 
Ruqyah Pengusiran Jin Daripada Kediaman:  



Ruqyah Am Atasi Gangguan Jin & Sihir:  


Ruqyah Khusus Atasi Sihir:  

   

Ruqyah Surah Al-Baqarah Atasi Gangguan Kediaman:  

   

Temubual Tentang Sebahagian Perkhidmatan Pembangunan Ummah: