Pusat Rawatan Islam Isnad Tadawi

Pusat Rawatan Islam Isnad Tadawi berusaha membangunkan ummah melalui rawatan dengan kaedah ruqyah syariah iaitu pembacaan hanya ayat-ayat Al-Quran, doa-doa masyhur daripada Rasulullah saw dan ulamak-ulamak perubatan Islam. Kami merawat pesakit-pesakit yang menghadapi masalah jasmani dan rohani, termasuk sakit medikal, gangguan jin, syaitan, sihir, santau dan saka. 

 


 

 


Pusat Rawatan Islam Isnad Tadawi menyediakan rawatan Islam berasaskan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Walaupun Pusat Rawatan Islam Isnad Tadawi berpusat di Kajang, kami turut menyediakan rawatan Islam kepada mereka yang berada di seluruh Malaysia, khasnya di sekitar Putrajaya, Bangi, Semenyih, Serdang, Cheras, Puchong, Kuala Lumpur serta di Negeri Sembilan, Selangor, Pahang dan Perak.

 
Pusat Rawatan Islam Isnad Tadawi memperjuangkan dan mengamalkan Rawatan Berasaskan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. dan sentiasa berusaha untuk mengajak para orang ramai agar menjauhi kaedah-kaedah rawatan yang tidak mengikut syariah agar dapat mengelakkan daripada perbuatan syirik kepada Allah. Untuk maklumat lanjut tentang kaedah rawatan yang kami gunakan sila rujuk http://www.isnadtadawi.my/rawatan-islam/page-9217.html atau merujuk video di bawah.
 
Isnad bermaksud sanad, manakala di dalam bahasa melayu membawa maksud sandaran atau riwayat atau pengijazahan. Tadawi pula bermaksud rawatan. Oleh itu Isnad Tadawi bermaksud Sanad Rawatan ataupun Pengijazahan Rawatan. Ini bersesuaian dengan misi kami untuk menyampaikan ilmu rawatan Islam kepada semua yang memerlukannya, samada melalui sesi rawatan mahupun sesi pendidikan. Kami di sini tidak mempunyai apa-apa kelebihan, sekadar mempunyai sanad di dalam rawatan Islam. Kepada sesiapa yang teringin mempelajari ilmu ini, kami sentiasa bersedia berkongsi apa yang kami tahu dan memberi pengijazahan kepada mereka yang sudi menerima sanad daripada kami. Oleh itu kami turut mengadakan kursus, seminar atau pengajian rawatan islam.
 
Perkhidmatan rawatan Islam daripada Pusat Rawatan Islam Isnad Tadawi adalah suatu khidmat kemasyarakatan kami kepada ummah, oleh itu tidak ada caj rawatan atau sebarang paksaan untuk membeli mana-mana produk kami. Tugas kami hanya berikhtiar untuk merawat dengan meruqyah menggunakan ayat-ayat Al-Quran. Kami tidak menjanjikan penyembuhan atau penyelesaian masalah kerana penyembuhan itu adalah hak Allah. Oleh itu kami tidak berani meminta sebarang bayaran. Namun sekiranya terdapat sumbangan ikhlas daripada pesakit, sebarang sumbangan akan digunakan untuk mengekalkan operasi kami.
 
Berikut Adalah Carta Aliran Rawatan Di Pusat Rawatan Islam Isnad Tadawi:
 
 
Pekhidmatan Rawatan Islam Isnad Tadawi:

 
Ruqyah Pengusiran Jin Daripada Kediaman:

 

Temubual Tentang Sebahagian Perkhidmatan Pembangunan Ummah:

www.easymall.my